KENAPA COST UNTUK PHOTOGRAPHER MAHAL….??

Posted: December 19, 2012 in Uncategorized

Kenapa kos fotografi perkahwinan mahal?

Assalammualaikum…..Entiti ni saya copy and paste dari satu blog untuk menerangkan kenapa harga photography bagi suatu wedding mahal cuma saya tambah sedikit megikut pengalaman yang saya alami sendiri dari awal mula pembabitan saya dalam wedding photographer neh..  Semua di bawah merupakan keadaan yang terpaksa saya tempuhi. Harga saya masih murah jika di bandingkan kawan-kawan yang sudah menempah nama dalam bidang wedding photography ni.Tapi kalau dengan saya, still boleh dapat diskaun jika dibawa berbincang . So, di bawah adalah entiti yang saya copy and paste, mohon baca dan paham
” KOS FOTOGRAFI PERKAHWINAN “
tahukah anda kenapa fotografi perkahwinan nie mahal?
saya buat entri sbb saya rasa orang lain patut tahu
kenapa kos fotografi prkahwinan nie mahal…
1.KOS TETAP – kos maintenance kamera dan aksesori.
Bagi photographer yg serius dalam kerjanya dia akan beli peralatan kamera dan lens yang berkualiti.Ada sesetengah orang cakap….” kamera tak penting , tapi org yg belakang tu lebih penting “sebenarnya kenyataan itu sesuai kepada hobbyist tapi tidak kepada serius photographer.

 

contoh aksesori – speedlite / flash – biasanya berharga RM550 ke atas 
kalau jurufoto ambil untung RM200 – 300 dibuatnya speedlite  tu rosak lepas majlis 
kan dah negatif keuntungannya. Flash saya ada dua, dan nilainya masa saya beli dulu melebihi 3K.
 
 
LENS – CANON EF 18-200MM – RM 2298
 
CANON 5D MARK II – RM 6800
BODY CAMERA – body paling murah RM 1500 untuk beginner kalau pro boleh mencecah RM40K. Ini semua tidak termasuk lighting & barang sampingan yg lain. Kamera saya pula ialah 7D masa saya beli dulu awal keluaranya tahun 2009 Body sahaja 6K. 
 
2.KOS MASA BEKERJA & TENAGA 
Bagi saya ini merupakan perkara paling penting. Kalau majlis bersanding hingga outdoor ia dah meliputi lebih 6-8 jam bekerja (saya tak cas masa tambahan). Itu tak termasuk sekiranya shoot majlis nikah dan malam berinai (tambah lagi 6-8 jam). Juga perancangan awal atau plan bagi gambar2 yg hendak diambil perlu dibuat. Satu tanggungjawab besar bagi mengambil gambar pengantin, sebab moment tu mungkin berlaku sekali je seumur hidup.Tak kesian kat pengantin kalau momen indah tu tak dirakamkan dgn betul…kalausaya , saya pun marah kalau gmbr tak cantik dan tak cover keseluruhan majlis. Jadi jangan ingat boleh hentam klik2 kamera ja tanpa fikirkan angle , lighting etc.Gambar candid juga penting, malah lebih penting dari gmbr2 outdoor atau studio.Sebab?Kalau kita amik gmbr outdoor dan studio, pengantin boleh pose berkali2 utk kita dapatkan shot yang menarik.Kalau candid?Mati hidup kembali pun,momen tu akan berlaku sekali ja….rugi kalau tak dapat capture momen tu kan.

Kalau photographer part time mereka hanya ada masa belah malam untuk buat editing( contohnya saya ). Mereka perlu pilih beribu2 keping gambar, edit dan rekabentuk album sendirian. Kadangkala kerja dari 9 malam – 12 malam hanya mampu buat 1 atau 2 page custom album. Kalau 20 page? Esoknya kena bangun awal untuk kerja dari pagi sampai petang. Hujung minggu tak boleh buat editing sebab ada job lain pula. Cuba bayangkan dengan mengorbankan masa hujung minggu dan waktu malam bersama anak dan keluarga ( bg yg berkahwin ) serta masa rehat untuk diri sendiri, berapa pula harga nya?

3.KOS PROFESIONAL
Kos ni merupakan sesuatu yang subjektif tapi ia juga penting. Kemahiran photographer berbeza dari segi kreativiti, kemahiran kendalikan kamera, kemahiran editing, pengalaman dan lain-lain. Bila anda bayar photographer secara tak sedar anda membayar untuk semua kemahiran yang ada padanya yang diperolehi bertahun-tahun melalui proses pembelajaran yang panjang. Anda membayar untuk ‘skill’ mereka menghasilkan gambar bukan harga album yang menjadi ukuran semata-mata. Sebagai perbandingan kalau aku nyanyi lagu BRUNO MARS (sapa BRUNO??saya sendi tak kenal) orang nak bayar RM2 pun belum tentu, tapi kalau BRUNO sendiri yang naynyi mungkin boleh bayar RM15000 padahal lagu yang sama. Mengapa? Kenapa kita mengupah tukang kayu nak renovate rumah kita sedangkan kita juga ada semua peralatan yang dia miliki.Ini tak termasuk kos untuk pembantu photographer kalau photographer membawa pembantu untuk dapatkan lebih gambar yg menarik mesti la photographer kena bayar kpd pembantu dia tu.Itu da berapa?
4.SELECTING & EDIT
Tipulah kalau ada photographer tak edit gambar. Saya rasa semua mesti edit lah, walaupun sikit,termasuk saya..ada org suka natural , ada org suka photo manipulation. Satu editing makan masa 5 minit ke 1 jam bagi sekeping gambar!Cuma, bila kita setting siap2 pada kamera akan menjimatkan masa utk editing. Contoh lah katakan, gambar yang kita ambil tu cantik, tapi gelap.Kalau cuci of course gelap kan?Kena juga masuk Photoshop utk cerahkan sikit kan?Dah kira edit lah tu…Cuma biasanye utk tujuan promosi, photographers akan letakkan 10 -15 keping yang paling baik je kat web/blog/FB.At least kita cuci dlm 100 – 300 keping tu adalah gambr2 yang terbaik utk masuk dalam album nanti.
 
5.KOS ALBUM & CUCI GAMBAR
Sebenarnya kos album ni meliputi kos perjalanan dan masa untuk menghantar serta mengambil album, re-printing kalau kualiti tak memuaskan dan harga album tu sendiri. Harga album biasa ada yang bermula dari RM300 hingga album professional yang boleh mencecah RM1500 untuk satu album. Kalau cuci gambar untuk sticky albun tu murah la bawah RM100.Itu baru kos album & cuci gambar tak termasuk Frame & gambar besar bersize 8R ke 12R.Tanpa sedar ia juga melibatkan masa bekerja seseorang photographer.
STICKY ALBUM
 
RM350

CONTOH CUSTOM ALBUM
 
Harga Dibawah ini adalah harga bagi  satu custom album sahaja. Untuk harga perkhidmatan  fotografi adalah berlainan.
Saiz
Album
Jenis Kertas
(Oil Based)
Penambahan 2 Helai
Jenis Kertas  (Hot Press)
Penambahan 2 Helai
Jenis Kertas (Gloss Metalic)

Penambahan 2 Helai
8 x 12 RM450 RM42 RM485 RM43 RM495 RM44
9 x 11 RM505 RM47 RM550 RM49 RM455 RM50
10 x 10 RM510 RM47 RM555 RM49 RM465 RM50
10 x 12 RM510 RM47 RM555 RM49 RM465 RM50
12 x 12 RM570 RM53 RM625 RM56 RM645 RM58
11 x 14 RM590 RM54 RM645 RM57 RM665 RM59
10 x 15 RM590 RM54 RM645 RM57 RM665 RM59
12 x 15 RM590 RM54 RM645 RM57 RM665 RM59
12 x 18 RM610 RM56 RM665 RM59 RM685 RM61
12 x 20 RM655 RM60 RM710 RM63 RM720 RM64
14 x 14 RM655 RM60 RM710 RM63 RM720 RM64
14 x 17 RM655 RM60 RM710 RM63 RM720 RM64
15 x 15 RM655 RM60 RM710 RM63 RM720 RM64
14 x 19 RM700 RM64 RM765 RM68 RM785 RM70
13 x 20 RM600 RM64 RM765 RM68 RM785 RM70
KEsimpulannya…ada sebab kenapa harga pakej fotografi ni agak mahal…bukan saja letak…untung mestilah kena ada kan..tapi kena cover semua di atas tu juga…Bagi photographer full-time pula, mereka terpaksa bayar kos overhead seperti sewa kedai, bil utiliti, gaji pekerja, kenderaan, tax dan sebagainya. Dari mana mereka dapat duit untuk bayar semua tu?
Itu belum dikira kos luar kawasan lagi…sebenarnya banyak lgi kos lain.
 
Saya  harap dapat beri sedikit gambaran tentang kos yang dikenakan oleh seorang photographer wedding ni. Saya harap semua faham & jelas.
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s